TERIMA KASIH TEMAN

Alhamdulillah, selesai sudah satu daripada enam paper untuk final exam semester ni. Dah usaha, hanya terus berdoa dan bertawakal saje, moga2 segalanya akan berakhir dengan baik. Hari ni rasa macam serba tak kene, sakit, tertekan, serabut semuanya bercampur menjadi satu rasa yang x mampu ditafsirkan dengan kata-kata. Kepada Cik Mardhiah, terima kasih bagi nasihat kat saya, layan saya nak chatting walaupun masing2 sibuk dengan preparation untuk exam. 


Perancangan nak keluar makan berdua ngan Mardhiah dihancurkan dengan berita kedatangan geng2 senget lagi ting tong ke KHAR. Tapi, saya  menerima kedatangan YDP SRN UPSI,  Encik Rezuan  & the geng dengan hati terbuka. Bukan senang Wan nak mencemar duli ke KHAR..haha. Makan2 + sembang2 kosong dengan korang akhirnya berjaya membawa pergi keresahan hati saya. Thanx a lot walaupun tanpa sedar kamu semua berjaya menghiburkan hati ni. Abg Man ngan lawak yang x sudah, Abg Azmil ngan gaya coolnye. Cik Tymaa ngan muka ngantok & semua2 lah yang ada petang tadi dengan telatah masing2. Rasa macam sekejap sangat je jumpa petang tadi, kalaulah masa boleh diputar kembali, saya nak ulang saat-saat itu dan setiap masa yang kita kongsikan. Walaupun saya bukan orang penting dalam Sekretariat Rukun Negara, tapi, sebagai ahli yang agak aktif, sedikit sebanyak kenangan yang kita pernah kongsikan tetap tersemat di hati. Terlalu banyak pengalaman yang dikutip semasa kita berprogram bersama. Semua tu akan jadi bekalan untuk saya dalam menempuh hari-hari mendatang. 


Buat abang-abang dan kakak-kakak SRN yang nak gi praktikum, selamat maju jaya saya ucapkan. Diizin Allah, kita jumpa lagi semester depan dengan cerita-cerita baru. Sedih sebenarnya tadi, x sangka kedatangan dan pertemuan kita semua petang tadi mampu membuatkan saya kembali tersenyum ceria. Semoga esok masih ada untuk kita. Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa, moga ukhwah antara kita tetap terpelihara. 



No comments:

Post a Comment