Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,

Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,

Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,

Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,

Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,

Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,

Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,

Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,

Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,

Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

HATI ITU BUKAN HATI AKU LAGI...HEAL MY HEART YA ALLAH

sumber : ILUVISLAM

Kemaskini

Setelah beberapa lama blog ni terbiar, hari ni sesi mengemaskini blog dijalankan. Kebanyakan entri yang ada sebelum ni terpaksa di'delete' bagi menjaga sensitiviti sesetengah pihak.

Satu Janji

Untuk kesekian kalinya, diri ini mengikat janji lagi. Kali ini berjanji dengan sahabatku, temanku, juga adikku. Apabila sampai satu saat nanti aku dipertemukan jodoh, dia yang akan menjadi pengapit. InsyaAllah bile tibe masanya, panjang umur kita semua & ada rezeki untuk kita terus bersahabat, janji ini pasti ku tunaikan. Buat Mayah, teruskan berdoa, semoga ada pengakhiran yang baik antara kamu dan dia. Dari kakak, tak mintak apa2 selain mendoakan jodoh yang terbaik buat diri ini... seorang lelaki yang mampu memimpin keluarga dan membimbing diri ini ke jalanNya...



Sumayah...seindah namamu...







Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta






Antara Kita Ada Cerita

Malam ni berpeluang untuk mencoret sedikit sebanyak perkara yang singgah di hati dalam waktu terdekat. Semester 4 dah pon sampai ke penghujungnya, masing2 excited untuk bercuti, tapi hati ni xsama dengan orang lain. Tiada raut wajah gembira, tiada senyum ceria...semuanya seakan kosong tanpa rasa. Mengenangkan cuti yang agak lama, terasa jugak kesedihan untuk berpisah dengan kawan-kawan. Ntahkan kita ada jodoh untuk bertemu lagi atau pon tidak. Semoga masih ada ruang dan peluang untuk kita menyambung ukhwah hingga ke akhirnya. 


Terlalu banyak peristiwa untuk dikenang sepanjang semester ni berlangsung dan terlalu banyak wajah yang perlu diingat apabila semester ni sampai ke penghujung. Dedikasi istimewa buat bakal2 guru khususnya rakan2 setugas dalam PERMOR, semoga segala urusan dipermudahkan. Untuk Abg Effy Haridth, terima kasih untuk segala tunjuk ajar dan usaha abg sepanjang kita bekerja bersama, usaha untuk mengajar saya berdikari dan usaha untuk menjadikan saya lebih kuat dan matang dalam membuat keputusan. Buat kakak tersayang Kak Khairu Saidatul Akmal, setiap kata-kata akak mampu untuk menenangkan saya yang seringkali gagal mengawal emosi dan mampu meniup pergi keresahan hati saya. Tanpa sedar saya banyak belajar erti kekuatan dan ketabahan dari akak. Kepada senior2 yang lain, saya tetap mendoakan yang terbaik buat semua. 


Buat sahabat2 yang sentiasa di hati especially MardhiahSumayah... i'll miss all of you. Rindukan gurau senda dan gelak tawa korang, semoga kita akan terus kekal bersahabat. Kita baru kenal, kita baru rapat tapi antara kita ada keserasian, mungkin itu yang menjadikan kita lebih akrab antara satu sama lain. Alhamdulillah, kita ditakdirkan bertemu untuk berkongsi apa yang ada, untuk saling memberi dan menerima.



Menggamit Memori

Malam ni hati tergerak untuk bertanya khabar kawan lama yang x pernah luput di ingatan. Kawan yang sama2 pernah berkongsi pahit getir nak habiskan alam persekolahan di saat orang lain berada di IPT. Kami yang masih memakai uniform sekolah, masih tinggal di asrama, masih melakukan rutin yang sama seperti tahun2 sebelumnya, sedangkan pada masa tu orang lain seronok meninggalkan alam persekolahan.


 Sesungguhnya masa dan pengalaman memang mematangkan dan mendewasakan kita. Rindu pada kalian memang x pernah pudar walaupun kadangkala terlalu sibuk hingga x sempat bertanya khabar, tapi rindu itu kutitipkan dalam doa, doa agar kalian sentiasa di bawah lindungan payung rahmat Yang Maha Esa. 


Untuk Cik Ecah, terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna malam ni, perkongsian soal hidup dan pilihan, soal persahabatan yang pernah terjalin, semuanya benar2 membuatkan aku berfikir panjang. Semoga sinar bahagia berkekalan sesudah menghadapi pelbagai dugaan. Walaupun jauh, walaupun sibuk, ukhwah yang terjalin membuatkan kita x pernah lupa antara satu sama lain. Indahnya sebuah perhubungan itu apabila bersulam keikhlasan. Kita yang pernah berkongsi pelbagai rasa satu masa dulu dan alhamdulillah hingga ke saat ini ruang dan peluang untuk kita saling memberi dan menerima itu tetap ada. Thanx once again pada Ecah kerana sudi meluangkan sedikit masa, walaupun hanya perbualan di alam maya, tapi cukuplah kata2 dan gambar2 yang ada mengubat segala rindu di hati.


Untuk Ecah, TiqahNad, Suhair, Ara, Ieda, Bibi, Kiki & Shanis semoga persahabatan kita terus kekal...kenangan kita kekal abadi.

Mi Cha
 Cik Ecah...