SMKM...

Syukur padaMu Ya Allah, berakhir sudah Program Integrasi Pemantapan Nilai Moral di SMK Mengakarak. Akhirnya terlaksana juga harapan dan impian untuk menjalankan program untuk adik2 di sana. Setelah berhempas pulas berusaha selama beberapa bulan, program dapat dilaksanakan dengan baik...

sedikit catatan perjalanan program....

25 mac 2011: bertolak dari UPSI jam 3.30 petang dan selamat sampai di SMKM jam 8 malam. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut dengan baik oleh guru2 dan pelajar2 asrama. Program dimulakan dengan slot Ice Breaking. Melihat wajah2 comel di hadapan kami, terasa bagai ingin kembali ke zaman persekolahan. Slot dimulakan pada jam 9 malam dan berakhir pada jam 12 malam. 












26 mac 2011: kami berkumpul seawal jam 7 pagi untuk aktiviti senaman aerobik, dan kemudian diteruskan dengan ldk yang tamat pada jam 12 tengahari. Selepas itu, beberapa orang wakil permor menghadiri majlis perasmian pembukaan di dewan sekolah dan dirasmikan oleh Dato' Sri Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pada sebelah petang, para perserta mengikuti slot teknik pembelajaran berkesan. Kemudiannya, pada sebelah malam, 2 slot ceramah diadakan dan disampaikan oleh Saudara Muhammad Fakhrul Islam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau & the geng (Yazid & Zharif) kerana sudi meluangkan masa untuk adik-adik di sana.

































27 mac 2011: seawal jam 4.30 pagi, kami mengadakan qiamullail di surau asrama. Alhamdulillah, ramai yang sama-sama turun berjemaah. Pada jam 7 pagi, sekali lagi aktiviti senamrobik diadakan dan diteruskan dengan explorace. Majlis perasmian penutup kemudiannya telah diadakan pada jam 12.30 tengah hari dan program 
tamat.











Diharapkan dengan program ini, semua pihak yang terlibat memperoleh input yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakannya. Semoga program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. 


***Buat semua AJK Pelaksana program, jutaan penghargaan atas segala usaha kalian dalam menjayakan program ini. Mohon maaf untuk segala kekhilafan saya sepanjang mengetuai barisan ajk. Sesungguhnya bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab besar sebagai pengarah program. Jauh di sudut hati, saya sangat berbangga dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan serta sumbangan kita buat warga SMKM diberkati oleh Yang Maha Esa. Moga tiada dendam yang tersimpan di hati antara kita semua. 


***Buat guru-guru SMKM, hanya ini yang mampu saya sumbangkan tanda penghargaan pada sekolah dan guru-guru yang pernah mendidik saya suatu masa dulu. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita bersua lagi di lain masa.

No comments:

Post a Comment