SILENCE IS BETTER

Bila berhadapan dengan sesuatu keadaan yang tidak menyenangkan hati, pelbagai rasa yang timbul hingga kadangkala terzahir dengan air muka, perkataan mahupun perlakuan. Setiap orang memang xkan mampu untuk lari daripada hakikat itu. Begitu juga aku, cuba menahan diri daripada perbuatan2 yang mampu membuatkan orang lain tidak selesa. Kerapkali mengambil jalan mudah, mendiamkan diri, itu yang dirasakan lebih baik daripada marah orang, mengeluarkan kata2 yang mampu membuatkan orang lain terguris atau sebagainya. Tapi dalam diam pon, masih ada yang ingin menduga sejauh mana tahap kesabaran dan kekuatan mental diri kita. 


Kepada yang ingin menduga, teruskanlah, selagi mampu aku akan tetap berdiam diri dan itu cara terbaik untuk aku mengawal perasaan. Andai sudah tidak mampu, hanya Dia yang tahu apa yang akan berlaku saat itu. Bagi orang yang dah lama kenal, mereka tahu macam mana diri aku yang sebenar dan cara aku bekerja, tapi bagi yang baru nak bekerja bersama-sama, buatlah penilaian anda sendiri. Yang penting, semua orang mahukan yang terbaik dalam setiap perkara yang diusahakan. 


Terimalah hakikat, setiap orang mempunyai cara yang berbeza dan mereka punya kelebihan dan juga kekurangan. Janganlah menyimpan hasrat untuk merubah diri orang lain mengikut acuan kita, tapi terimalah kenyataan bahawa diri dan caranya berbeza, x seperti apa yang kita mahukan. 


No comments:

Post a Comment