Mencari Redha Illahi




Soal hati dan perasaan adalah sesuatu yang paling susah untuk diperkatakan. Kadangkala bila hati inginkan sesuatu, perasaan dan akal fikiran pula menidakkan. Berlandaskan akal fikiran yang masih waras, pertimbangan yang sewajarnya perlu dibuat walaupun hati membantah sekeras-kerasnya. Ada kalanya kita terlalu ikutkan kata hati walaupun ia memberi kesan yang x sepatutnya. 


Dalam hidup ni, x semestinya apa yang kita nak tu kita akan dapat. Walaupun apa yang kita dapat x sama dengan kehendak kita, tapi itu adalah takdir yang telah tertulis, takdir yang x mampu untuk kita tolak. Walaupun  pahit, walaupun perit, didiklah hati untuk menerima segalanya. Mungkin hari ini ia akan menjadi sesuatu yang menyakitkan dalam hidup kita, tapi siapa tahu satu masa nanti ia memberi kemanisan buat kita. 


Seringkali mengingatkan diri sendiri, perancangan Allah adalah yang terbaik. Namun, bila teringatkan kesakitan yang ditanggung, air mata menjadi teman setia. Walaupun air mata x dapat mengubah apa yang telah tertulis, tapi hanya dengan cara itu dapat melegakan keresahan di hati. Bila keseorangan, seringkali terfikir di mana silapnya hingga apa yang kita nak x dapat dicapai, tapi siapa kita untuk terus mempersoalkannya walaupun sekadar dalam hati. 


Syukur kerana masih dikelilingi insan-insan yang sudi meminjamkan semangat di kala terasa letih, masih dikurniakan mereka yang x jemu memberi nasihat dan teguran tatkala diri terleka, masih ada tempat untuk berkongsi cerita suka dan duka hingga kadangkala terasa diri menyayangi mereka lebih daripada diri sendiri. Untuk mereka, hanya ungkapan kemaafan yang dipohon andai diri masih belum dapat "memberi" sebagaimana yang mereka berikan untuk diri ini. 

No comments:

Post a Comment