8 tahun berlalu...kita tetap sama

Benar kata orang, setiap perpisahan yang berlaku pasti ade pertemuan yang seterusnya, cume kita tak tahu bile dan di mana. Setelah sekian lama tak bersua muka, alhamdulillah kita di takdirkan bertemu lagi untuk kali ke dua. Cume kali ini, kita dipertemukan dalam suasana yang cukup berbeza, pertemuan yang sangat bermakna. Terharu bile cikgu masih mengenali wajah kami, tersenyum dari jauh. Tak sangka tempoh 8 tahun tak pernah merubah apa-apa. Tapi masa mencemburui kita, tak sempat bercerita panjang tentang kehidupan masing-masing, kita terpaksa mendahulukan tugas dan tanggungjawab. Moga-moga lepas ni kita dapat bertemu lagi dan berkongsi cerita...Terima kasih Encik Fdzle Kamarudin kerana sudi meluangkan masa seketika:)


No comments:

Post a Comment