FRUST

Ya  Allah....teguhkanlah hatiku dalam meneruskan perjuangan ini. Hanya selangkah lagi untuk melihat impian selama ini menjadi kenyataan. Di saat ini, hati masih terasa sebak, perasaan berkecamuk n down sangat. Hanya kerana sedikit kesilapan insan lain, aku yang terpaksa menanggung akibatnya. Hampir sebulan mengusahakannya, tapi hari ni segalanya sia-sia dan berlalu begitu sahaja.


 Mungkin bagi insan lain yg melihat, ia nya hanya perkara remeh yang x perlu diperbesarkan, Tapi, bagi aku dan insan2 yang sama2 berjuang, senyuman yang terpamer di wajah hanyalah satu kepura-puraan, demi menjaga sebuah hubungan persahabatan. Tanpa mereka, aku ketandusan semangat untuk meneruskannya. Terasa seperti ingin berhenti setakat ini je. Tapi, aku masih waras, masih memikirkan sebab dan akibat kepada punca masalah ini. 


Walaupun segalanya berlaku tanpa disengajakan, tetapi hati ini tetap gagal menerimanya. Bukan ingin menuding jari menyalahkan orang lain, tetapi andai orang lain berada di tempat aku, pastinya mereka juga mempunyai perasaan yang sama...dan mungkin juga lebih lagi daripada ape yang aku rasa...


Syukur juga masih ada insan yang sudi memberi kekuatan, berkongsi rasa dan semangat yang sama. Dalam memujuk diri, aku meyakinkan hati bahawa segala yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Dia pasti merancang dan menentukan yang terbaik untuk hambaNya.

No comments:

Post a Comment