Menggamit Memori

Malam ni hati tergerak untuk bertanya khabar kawan lama yang x pernah luput di ingatan. Kawan yang sama2 pernah berkongsi pahit getir nak habiskan alam persekolahan di saat orang lain berada di IPT. Kami yang masih memakai uniform sekolah, masih tinggal di asrama, masih melakukan rutin yang sama seperti tahun2 sebelumnya, sedangkan pada masa tu orang lain seronok meninggalkan alam persekolahan.


 Sesungguhnya masa dan pengalaman memang mematangkan dan mendewasakan kita. Rindu pada kalian memang x pernah pudar walaupun kadangkala terlalu sibuk hingga x sempat bertanya khabar, tapi rindu itu kutitipkan dalam doa, doa agar kalian sentiasa di bawah lindungan payung rahmat Yang Maha Esa. 


Untuk Cik Ecah, terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna malam ni, perkongsian soal hidup dan pilihan, soal persahabatan yang pernah terjalin, semuanya benar2 membuatkan aku berfikir panjang. Semoga sinar bahagia berkekalan sesudah menghadapi pelbagai dugaan. Walaupun jauh, walaupun sibuk, ukhwah yang terjalin membuatkan kita x pernah lupa antara satu sama lain. Indahnya sebuah perhubungan itu apabila bersulam keikhlasan. Kita yang pernah berkongsi pelbagai rasa satu masa dulu dan alhamdulillah hingga ke saat ini ruang dan peluang untuk kita saling memberi dan menerima itu tetap ada. Thanx once again pada Ecah kerana sudi meluangkan sedikit masa, walaupun hanya perbualan di alam maya, tapi cukuplah kata2 dan gambar2 yang ada mengubat segala rindu di hati.


Untuk Ecah, TiqahNad, Suhair, Ara, Ieda, Bibi, Kiki & Shanis semoga persahabatan kita terus kekal...kenangan kita kekal abadi.

Mi Cha
 Cik Ecah... 

No comments:

Post a Comment